Sosioekonomi Dan Keusahawanan
Udang Kering (Sesar Unjur)
Udang Kering (Sesar Unjur) dihasilkan menggunakan udang yang berkualiti yang disalai dan dikeringkan.
Udang sesar buatan dari Daerah Daro amat terkenal dengan kualiti dan keenakannya. Penghasilan dan harganya bagaimanapun bergantung kepada musim udang merah yang diperoleh oleh para nelayan tempatan.
Aneka Kuih Kering
Penghasilan kuih kering di Daerah Daro merupakan salah satu daripada sosioekonomi penduduk setempat. Pelbagai kuih kering yang dihasilkan oleh para penduduk seperti Kuih Bahulu, Biskut Gigit Manis, Kuih Sinah dan pelbagai jenis kerepek.