Kisah Kejayaan
Usahawan Berjaya Dengan Bimbingan IT Dari PI
En.Mohamad bin Abol hanyalah seorang usahawan separuh masa. Perniagaan yang di majukan oleh En.Mohamad adalah perunding perkahwinan (wedding planner), seperti membuat pelamin untuk pengantin baru, jurusolekkan perkahwinan dan sebagainya.
En.Mohamad membuat perniagaan ini pada mulanya hanya berniaga secara kecil-kecilan sahaja, kerana beliau belum mengetahui cara untuk menggunakan facebook untuk memperkenalkan perniagaan beliau pada rakan-rakan di media social seperti di wechat dan facebook. Sebelum beliau mengetahui mengenai facebook. En.Mohamad pada mulanya hanya mempromosi pada rakan-rakan sekerja hanya menggunakan kertas kerja sahaja untuk memajukan perniagaan beliau.
Setelah melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas komputer yang dibimbing oleh Pusat Internet Daro, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil produk jualan beliau. Pelanggan beliau dari seluruh kawasan matu, daro dan sekitar Sarawak yang mana mereka mengetahui En.Mohamad adalah perancang perkahwinan yang telah berjaya memajukan perniagaan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM700 – RM5000 pada setiap tahun. Setelah mempunyai laman sosial pelanggan En.Mohamad semakin meningkat pada setiap tahun.
Antara Kursus yang telah di ikuti oleh En.Mohamad di Pusat Internet Daro adalah Kursus Komputer, Kursus Keusahawanan, kursus Kecantikkan. Setelah Mengikuti kursus kecantikan yang di anjurkan oleh pihak PI Daro kini beliau juga telah menjadi guru dalam urusan untuk memajukan perniagaan. Beliau juga telak menjadi guru dalam membuat bengkel perkongsian ilmu dalam bidang solekkan di PI daro.
Antara produk perancang perkahwinan di laman sosial. Pada Setiap bulan untuk majlis raja sehari akan berubah atas permintaan para pelanggan yang meminati cara hiasan pelamin dan solekkan daripada beliau.
Cara En.Mohamad mempromosikan produk jualan beliau, untuk menarik minat para pelanggan adalah dengan cara membuatharga yang menarik pada setiap bulan. Dengan cara mempromosi sebegitu pelanggan raja sehari beliau semakin bertambah. Beliau juga ada menyediakan photographer untuk pasangan mempelai di hari bahagia raja sehari.
Antara penglibatan beliau dalam perniagaan ini adalah membuat iklan di laman sosial, untuk menarik minat para pelanggan yang memerlukan perkhidmatan perancangan perkahwinan yang berjaya dalam menarik minat pasangan pengantin untuk menggunakan perkhidmatan mereka di Kartika Andaman.