Kawasan Rekreasi Dan Pelancongan
Iftitah Restaurant and Resort
Iftitah Restaurant & Resort merupakan tempat melakukan aktiviti beriadah dan perkelahan untuk seisi keluarga dan rakan-rakan. Mula beroperasi pada 1 Januari 2015, kedudukannya di tapak lokasi yang bersesuaian dan menarik dengan pemandangan indah di Pantai Belawai, menjadikannya satu-satunya pusat tumpuan aktiviti riadah di Daerah Daro.
Stadium Mini Daro
Stadium Mini Daro menjadi salah satu lokasi untuk para komuniti berekreasi di Daerah Daro. Di bawah seliaan Majlis Daerah Matu dan Daro, ianya dibuka kepada umum untuk melakukan aktiviti sukan harian.
Gelanggang Futsal
Terdapat juga gelanggang futsal yang beroperasi setiap hari untuk para belia bermain futsal dan street soccer. Seringkali dijadikan pusat untuk pertandingan futsal yang dianjurkan komuniti setempat.