Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Daro 2016
1 September 2016| Aktiviti Terkini
Sempena Hari Kebangsaan yang ke-59 pada tanggal 31 Ogos 2016 yang lepas, Pejabat Daerah Daro dengan kerjasama Jabatan-jabatan Kerajaan, Swasta, NGO dan Jawatankuasa Kampung, telah menjayakan sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Daro bermula pada 27 Ogos 2016 sehingga 31 Ogos 2016. Pelbagai pertandingan dan acara yang menarik telah dan masih lagi berlangsung sempena sambutan hari yang bersejarah ini di Daerah Daro. Antaranya adalah ;
- Pertandingan Kenderaan Berhias pada 30 Ogos 2016 yang telah diJuarai oleh JKKK Kampung Masjid / Jalan Bina
- Senamrobik Merdeka (31 Ogos 2016)
- Konvoi Berbasikal dan Motosikal pada 31 Ogos 2016
- Jom Makan Cucur (31 Ogos 2016)
- Persembahan Boria RELAWATI Daerah Daro (31 Ogos 2016)
- Pertandingan Street Soccer (27, 28 dan 31 Ogos 2016)
- Cabutan Bertuah (31 Ogos 2016)
- Pertandingan Keceriaan Kampung (Masih Lagi Berlangsung sehingga 16 September 2016)
Penduduk Daerah Daro amat bertuah dengan Komitmen yang diberikan oleh Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri N43 Daro En. Safiee bin Ahmad yang telah menghadiri jemputan malah turut menyertai setiap aktiviti yang dijalankan sepanjang Sambutan Hari Kebangsaan tersebut antaranya adalah menyertai konvoi berbasikal.
Program ini bertujuan menyemai semangat Patriotik di dalam jiwa rakyat Malaysia terutama dikalangan generasi pelapis yang dalam kata lain, untuk membangkitkan rasa cinta kepada Tanah Air dan kekal selama-lamanya. Melalui program ini juga, dapat dilihat wujudnya semangat kerjasama dan muafakat dikalangan komuniti di Daerah Daro khasnya dan rakyat Malaysia amnya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: