dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Daro, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Seminar KDB SK Agama Sibu

29 September 2015| Aktiviti Terkini

Pusat Internet (PI) Kg. Bandong, Sibu dengan kerjasama PI Bawang Assan telah menganjurkan Seminar Klik Dengan Bijak selama 2 jam setengah iaitu pada 28 September 2015 bermula jam 9.00 pagi sehingga 11.30 pagi. Seminar tersebut diadakan di dalam Dewan Sekolah Kebangsaan Agama Sibu. PI Daro bersama-sama PI Semop dan PI Spaoh telah dijemput untuk bersama-sama menjayakan program ini. Program ini bertujuan untuk mempromosikan PI kepada pelajar tahun 6, SK Agama Sibu dan melaksanakan program Klik Dengan Bijak serta mengeratkan silaturrahim antara staf PI. Seminar tersebut berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan baik daripada para peserta. Antara pengisian seminar tersebut adalah Taklimat KDB, Tanyangan Video dan lima Permainan KDB iaitu Pemainan Telefon Karat, Cheritera Kita, Lukisan Berantai, Word Search KDB dan Ayam Masuk Sangkar. Diharap seminar seperti ini dapat memupuk kesedaran penggunaan internet secara positif di kalangan peserta seminar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.