Pameran / Hari Bersama Pelanggan sempena Sambutan Hari Daerah Daro ke 42
5 April 2015| Aktiviti Terkini
Tanggal 4 April merupakan tarikh keramat bagi Daerah Daro yang mana telah ditetapkan sebagai Hari Daerah Daro. Pada tahun ini iaitu 2015 merupakan ulang tahun ke-42 dan telah disambut dengan sangat meriah dengan pelbagai acara yang menarik. PI Daro bergabung dengan PI Semop tidak ketinggalan untuk mengambil bahagian untuk memeriahkan sambutan pada hari tersebut dengan mengadakan pameran / hari bersama pelanggan selama dua hari bermula 3 April 2015 sehingga 4 April 2015. Pelbagai aktiviti menarik untuk disertai oleh para pengunjung booth PI Daro dan Semop yang berkaitan dengan aktiviti Klik Dengan Bijak dan berpeluang mendapat hadiah-hadiah yang menarik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: