Kursus Asas Keusahawanan PI Daro (Guide for Business Online – Lesen Perniagaan)
29 Januari 2015| Aktiviti Terkini
Menjalankan perniagaan terutama secara atas talian amat terdedah kepada kes penipuan. Salah satu cara untuk mengurangkan kes-kes seperti ini adalah dengan mendaftar perniagaan. Dengan mendaftar perniagaan, pihak berkuasa dapat mengesan dan mengenal pasti sekiranya ada peniaga yang melakukan penipuan. Lebih-lebih lagi. kerajaan juga seringkali menegaskan agar para usawahan siber untuk mendaftar perniagaan mereka. Tindakan yang sewajarkan akan diambil sekiranya para peniaga atas talian gagal untuk mendaftar perniagaan mereka. Justeru itu, bagi menyahut seruan kerajaan, pihak PI mengambil inisiatif untuk menganjurkan seminar mini khasnya untuk para usahawan yang belum mendaftar perniagaan mereka. Penceramah jemputan dari Pejabat Daerah Daro di bahagian Perlesenan telah dijemput khas bagi memberi penerangan terperinci mengenai langkah-langkah yang betul untuk memohon lesen perniagaan yang sah. Seminar yang telah diadakan pada 28 Januari 2015 tersebut telah dihadiri oleh seramai 16 orang peserta yang terdiri daripada pemilik-pemilik perniagaan dan usahawan yang belum berdaftar yang berminat menceburi bidang perniagaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: