dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Daro, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Gotong-royong Perdana peringkat Daerah Daro

2 Oktober 2016 | Aktiviti Terkini

Program Gotong-royong Perdana peringkat Daerah Daro yang berlangsung pada 1 Oktober 2016 telah dirasmikan oleh YB Safiee bin Haji Ahmad, ADUN N43 Daro mendapat sambutan yang menggalakkan oleh para penduduk kampung Itol. Gotong-royong yang dilaksanakan di kampung Itol tersebut dihadiri lebih 200 orang penduduk kampung Itol, ketua-ketua jabatan, ketua masyarakat dan kaum serta pelajar sekolah SMK TPDPH Normah Daro.

Dalam majlis tersebut, YB ADUN Daro telah menyampaikan sumbangan 2 buah mesin Mist Blower kepada Pejabat Kesihatan Daerah Daro yang diwakili oleh Dr. Osman Hj Rapaee, Pegawai Kesihatan Bahagian Mukah. Dengan adanya mesin tersebut diharap dapat mengawal dan membanteras pembiakan nyamuk aedes dan bebas denggi di masa akan datang.

PI Daro turut menyertai program ini dengan menyumbang tenaga yang ada demi menjaga kebersihan dan hubungan dengan komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.