dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Daro, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kursus Latihan Asas ICT Pusat Internet 1 Malaysia (PI) Daro

8 Januari 2015| Aktiviti Terkini

Seramai 22 orang peserta telah mendaftar dan mengambil bahagian dalam kursus Latihan Asas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia (PI) Daro bermula 7 Januari 2015 jam 10.00 pagi. Disebabkan bilangan peserta yang ramai dan melebihi kapasiti bilik latihan PI Daro, pihak pengurusan mengambil inisiatif dengan membahagikan para peserta kepada 2 kumpulan.

Antara modul yang dipelajari dalam kursus tersebut adalah:
i) Asas Penyelengaraan PC
ii) Microsoft Office Word 2007
iii) Microsoft Office Excel 2007
iv) Microsoft Office Powerpoint 2007
v) Pengenalan Internet, E-mail dan Ceramah Klik Dengan Bijak (KDB)
vi) Pembentangan dan Ujian

Setiap modul diperuntukkan masa 3 jam sama ada dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 petang atau 2.00 petang hingga 5.00 petang dan hanya peserta yang berjaya menghadiri kesemua modul tersebut akan dianugerahkan Sijil Penyertaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.