Latihan Keusahawanan – Modul 3 : Pengiklanan Perniagaan (3.1 Bengkel Fotografi)
26 November 2014 | Aktiviti Terkini
- Memperlihatkan cara membuat sendiri (DIY) peralatan-peralatan yang mudah disediakan untuk mengambil gambar yang menarik dan berkualiti.
- Menerangkan kaedah yang betul seperti pencahayaan yang betul,latar belakang yang sesuai, kesilapan-kesilapan semasa mengambil gambar dan sebagainya semasa mengambil foto.
- Memberi peluang kepada para peserta untuk mengambil foto produk masing-masing,
PENGIKLANAN PERNIAGAAN MELALUI BENGKEL FOTOGRAFI (ASAS) MAIN POINT PENTING DALAM PERNIAGAAN ONLINE
25 November 2014 Selasa iaitu tarikh dimana Pusat Internet Daro(PI) telah menganjurkan kelas pengiklanan perniagaan melalui bangkel fotografi (asas). Melalui bangkel ini seramai 9 orang usahawan yang terlibat yang terdiri daripada pemilik-pemilik syarikat berdaftar dan para usahawan yang berminar menceburkan diri dalam perniagaan. Perlaksanaan bangkel ini dilaksanakan adalah bagi memperlihatkan cara membuat sendiri (DIY) peralatan-peralatan yang mudah disediakan untuk mengambil gambar yang menarik dan berkualiti. Selain itu perlaksanaan ini adalah untuk menerangkan kaedah yang betul seperti pencahayaan yang betul,latar belakang yang sesuai, kesilapan-kesilapan semasa mengambil gambar dan sebagainya semasa mengambil foto dan memberi peluang kepada para peserta untuk mengambil foto produk masing-masing. Kebaikan yang diperolehi oleh para usahawan daerah Daro dan Matu adalah mengetahui cara yang betul mengambil foto produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Para usahawan juga dapat memperlihatkan kreativiti para usahawan dalam menghasilkan foto produk yang menarik dan berkualiti danengetahui cara menyediakan sendiri (DIY) peralatan untuk mengambil gambar produk untuk tujuan pencahayaan yang betul.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: