Latihan Keusahawanan – Modul 1 : Cara-cara membangunkan Idea Perniagaan (Business Plan)
19 November 2014 | Aktiviti Terkini
- Perbincangan mengenai aktiviti yang boleh dijalankan bersama dalam sektor perniagaan atas talian.
- Pengenalan kepada sumber-sumber di Internet yang boleh diimplimentasikan untuk mengembangkan perniagaan.
- Penerangan mengenai etika-etika yang perlu ada dalam diri seseorang usahawan cyber.
- Perbincangan mengenai baik buruk serta cabaran di dalam dunia perniagaan IT.
CARA-CARA MEMBANGUNKAN IDEA PERNIAGAAN (BUSINESS PLAN) UNTUK USAHAWAN DAERAH DARO & MATU
Pusat Internet Daro pertama kali telah mengadakan Program Keusahawan iaitu mengetengahkan kepada para usahawan daerah daro dalam latihan keusahawanan yang dijalankan pada 18 November 2014, Selasa, 2.00petang hingga 5.00petang. Seramai 11 orang usahawan yang telah mengikuti latihan keusahawanan (business plan) yang terdiri daripada pemilik-pemilik syarikat berdaftar dan para usahawan yang berminat menceburkan diri dalam perniagaan. Ianya bertujuan menjelaskan kepada para usahawan akan potensi serta peluang yang diperoleh sekiranya menggunakan kaedah perniagaan atas talian. Selain itu berkongsi maklumat tentang kebaikan, keburukan serta cabaran perniagaan atas talian. Perlaksanaan program ini membincangan mengenai aktiviti yang boleh dijalankan bersama dalam sektor perniagaan atas talian. Disamping memperkenakan kepada sumber-sumber di Internet yang boleh diimplimentasikan untuk mengembangkan perniagaan. Penerangan mengenai etika-etika yang perlu ada dalam diri seseorang usahawan cyber juga dijelaskan semasa latihan ini dijalankan dan perbincangan mengenai baik buruk serta cabaran di dalam dunia perniagnya Internet untuk mengembangkan perniagaan mereka pada masa kini dan dapat menyediakan flatform perkongsian ilmu perniagaan antara satu sama lain serta meningkatkan pengetahuan para usahawan tentang kesediaan sebelum dan setelah menceburi dunia perniagaan atas talian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: