Kursus Asas ICT PEDi Daro Sesi September 2022 (Microsoft Office Word)
11 September 2022 | Aktiviti TerkiniPada sebelah petang hari pertama Kursus Asas ICT PEDi Daro Sesi September 2022 iaitu pada 10 September 2022 diteruskan untuk modul berikutnya iaitu modul Microsoft Office Word. Bermula dari jam 2.00 petang sehingga 5.00 petang dan bertempat di bilik latihan PEDi Daro, modul ini menekankan para peserta untuk memahami sebaiknya tentang aspek-aspek seperti:
- Mempelajari peralatan asas di dalam Microsoft Word 2021.
- Mengetahui kegunaan Microsoft Word untuk membuat dokumen seperti surat, laporan, resume dan sebagainya
- Mempelajari dan memahirkan diri semasa menaip menggunakan Microsoft Word berdasarkan format-format yang telah ditetapkan.
Seramai 3 orang peserta telah menyertai kursus ini yang merupakan pelajar sekolah dan belia lepasan sekolah berhampiran. Pihak penganjur masih menggalakkan setiap peserta untuk menitik beratkan kesihatan dengan mengamalkan penjarakan fizikal, menggunakan face mask dan hand sanitizer sepanjang kursus berlangsung. Diharapkan melalui program seperti ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya para belia agar dapat bersaing dengan masyarakat di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: