Kursus ICT PEDi Daro Sesi Januari 2022 (Pembentangan)
23 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniSetelah para peserta kursus mempelajari modul Microsoft Office Power Point, mereka perlu untuk membentangkan hasil pembelajaran mereka melalui modul Pembentangan. Modul ini dijalankan pada 22 Januari 2022 bermula dari jam 2.00 petang di Bilik Latihan PEDi Daro. Modul ini merangkumi aspek-aspek seperti:
- Mengukur tahap pengetahuan dan pemahaman diri para peserta di dalam bidang ICT secara umumnya.
- Mengetahui langkah-langkah yang betul dan menarik yang boleh diguna- pakai semasa membuat penyampaian dan pembentangan slide di hadapan khalayak umum.
Selain itu, para peserta kursus juga diberi taklimat tentang langkah-langkah keselamatan melayari internet melalui taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi. Seramai 2 orang peserta telah menyertai kursus ini yang merupakan pelajar sekolah dan belia lepasan sekolah berhampiran. Pihak penganjur sentiasa menitik beratkan keselamatan dan kesihatan setiap peserta kursus dengan mengamalkan penjarakan fizikal, mewajibkan penggunaan face mask dan hand sanitizer sepanjang kursus berlangsung serta memberi penerangan tentang langkah keselamatan dan pencegahan awal Covid-19. Diharapkan melalui program seperti ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya para belia agar dapat bersaing dengan masyarakat di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: