Kursus ICT PEDi Daro Sesi Januari 2022 (Microsoft Office Power Point)
23 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniHari terakhir Kursus ICT PEDi Daro Sesi Januari 2022 telah berlangsung pada 22 Januari 2022. Kursus diteruskan dengan mempelajari modul Microsoft Office Power Point yang bermula pada sebelah pagi dari jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari di bilik Latihan PEDi Daro. Pada akhir pembelajaran, pihak PEDi Daro berharap agar para peserta berjaya mempelajari dan memahami aspek-aspek seperti:
- Mempelajari peralatan asas di dalam Microsoft Power Point 2013.
- Mengetahui kegunaan Microsoft Power Point untuk membuat slide pembentangan (presentation) untuk sebarang acara, majlis, mesyuarat dan sebagainya.
- Mempelajari dan memahirkan diri memasukkan data, animasi dan audio di dalam slide Microsoft Power Point berdasarkan contoh yang telah diberikan.
Selain itu, para peserta kursus juga diberi taklimat tentang langkah-langkah keselamatan melayari internet melalui taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi. Seramai 2 orang peserta telah menyertai kursus ini yang merupakan pelajar sekolah dan belia lepasan sekolah berhampiran. Pihak penganjur sentiasa menitik beratkan keselamatan dan kesihatan setiap peserta kursus dengan mengamalkan SOP seperti penjarakan fizikal, mewajibkan penggunaan face mask dan hand sanitizer sepanjang kursus berlangsung serta memberi penerangan tentang langkah keselamatan dan pencegahan awal Covid-19. Diharapkan melalui program seperti ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya para belia agar dapat bersaing dengan masyarakat di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: