dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Daro, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    facebook

Bengkel Perkongsian Ilmu : Kelas Make-Up PEDi Daro

3 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Telah berlangsung dengan jayanya pada 2 Julai 2022, kelas Make-Up anjuran PEDi Daro yang telah disertai oleh seramai 5 orang belia dan surirumah sekitar Daerah Daro. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta berkenaan cara menjaga keterampilan diri serta membuat solekan dengan betul. Kursus ini khas untuk para belia dan suri rumah, terutama yang sedang dan berminat menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.

Dengan adanya bengkel ini mungkin dapat membuka hati para peserta untuk memperkembangkan bakat yang ada malah boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan sampingan atau utama. Para peserta bengkel amat bertuah kerana telah ditawarkan perkhidmatan percuma daripada Juruajar berpengalaman juga merupakan anak tempatan iaitu puan Nur Ainulmiza binti Zainuddin yang tidak keberatan berkongsi ilmu yang ada di dalam bidang solekan. Semoga dengan adanya bengkel dan latihan seperti ini dapat melahirkan lebih ramai belia yang berjaya dan berbakat di daerah Daro dan daerah sekitarnya pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.