Kursus ICT PEDi Daro Sesi Januari 2022 (Asas Penyelenggaraan PC)
16 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniPenganjuran kursus ICT PEDi Daro diteruskan lagi untuk sesi pembukaan tahun 2022 iaitu Kursus ICT PEDi Daro sesi Januari 2022 yang dijalankan pada 15 Januari 2022. Seperti biasa, modul pertama yang dipelajari pada hari pertama kursus ialah merupakan modul Asas Penyelenggaraan PC. Dijalankan pada sebelah pagi bermula dari pukul 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari bertempat di bilik latihan PEDi Daro, modul Asas Penyelenggaraan PC memberi penekanan tentang aspek-aspek seperti:
- Mempelajari asas-asas menggunakan komputer.
- Mengetahui kaedah yang betul semasa mengendali dan menyelenggara komputer.
- Mempelajari langkah-langkah dan tip-tip berguna semasa berhadapan dengan komputer yang bermasalah.
Selain itu, para peserta kursus juga diberi taklimat tentang langkah-langkah keselamatan melayari internet melalui taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi. Seramai 2 orang peserta telah menyertai kursus ini yang merupakan pelajar sekolah dan belia lepasan sekolah berhampiran. Pihak penganjur sentiasa menitik beratkan keselamatan dan kesihatan setiap peserta kursus dengan mengamalkan penjarakan fizikal, mewajibkan penggunaan face mask dan hand sanitizer sepanjang kursus berlangsung serta memberi penerangan tentang langkah keselamatan dan pencegahan awal Covid-19. Diharapkan melalui program seperti ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya para belia agar dapat bersaing dengan masyarakat di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: