dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Daro, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    facebook

Kursus ICT PEDi Daro Sesi Januari 2022 (Asas Internet, Email & KDB)

16 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Kursus ICT PEDi Daro Sesi Januari 2022 diteruskan lagi untuk modul kedua kursus iaitu modul Asas Internet, Email dan KDB. Modul ini berlangsung pada 15 Januari 2022 dari pukul 2.00 petang dan berakhir pukul 5.00 petang bertempat di bilik latihan PEDi Daro. Modul ini mendedahkan para peserta dengan aspek-aspek seperti:

  • Mempelajari perisian yang digunakan untuk mengakses Internet dan mencipta Email.
  • Mengetahui ciri-ciri asas Internet, asal usul internet dan kepentingan Internet pada masa sekarang.
  • Memperoleh Email masing-masing dan mengetahui cara menggunakan Email untuk berhubung.
  • Mempelajari kaedah mengisi Permohonan Kerja di Web SPA & E-Recruitment.

Selain itu, para peserta kursus juga diberi taklimat tentang langkah-langkah keselamatan melayari internet melalui taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi. Seramai 2 orang peserta telah menyertai kursus ini yang merupakan pelajar sekolah dan belia lepasan sekolah berhampiran. Pihak penganjur sentiasa menitik beratkan keselamatan dan kesihatan setiap peserta kursus dengan mengamalkan penjarakan fizikal, mewajibkan penggunaan face mask dan hand sanitizer sepanjang kursus berlangsung serta memberi penerangan tentang langkah keselamatan dan pencegahan awal Covid-19. Diharapkan melalui program seperti ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya para belia agar dapat bersaing dengan masyarakat di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.