Latihan Keusahawanan : Bengkel Pemahaman Modul Kursus Integriti CIDB Anjuran PRISMA dengan kerjasama PEDi Daro
4 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniAtas permintaan ramai, pihak PRISMA dan PEDi Daro telah terus bekerjasama menganjurkan bengkel untuk para kontraktor yang berdaftar iaitu Bengkel Pemahaman Modul Kursus Integriti CIDB. Bengkel tersebut telah dilangsungkan pada 3 Julai 2022 dan bertempat di Bilik Latihan PEDi Daro, bermula dari pukul 9.00 pagi dan berakhir pukul 12.00 tengah hari. Ianya dihadiri oleh seramai 7 orang peserta yang terdiri daripada para kontraktor yang bergiat aktif di daerah Daro dan daerah sekitarnya.
Bengkel ini bertujuan untuk memberi lebih pemahaman kepada para peserta tentang:
- Menggariskan amalan-amalan serta perilaku murni yang diterima sebagai amalan piawai di kalangan kontraktor yang mampu mendorong dan meningkatkan tahap profesionalisma, integriti dan akauntabiliti yang tinggi.
- Membudayakan kaedah pengawalseliaan sendiri (self-regulatory) di kalangan kontraktor bagi meningkatkan tahap keyakinan masyarakat umum terhadap perkhidmatan yang disediakan.
- Membantu mencapai agenda dan hasrat Kerajaan bagi meningkatkan integriti di kalangan semua pihak berdasarkan Pelan Integriti Nasional (PIN).
Semoga dengan adanya kursus dan latihan seperti ini dapat melahirkan lebih ramai kontraktor yang berjaya di daerah Daro dan daerah sekitarnya pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: