Kursus Asas ICT PEDi Daro Sesi September 2022 (Microsoft Office Excel)
27 September 2022 | Aktiviti TerkiniHari terakhir Kursus Asas ICT PEDi Daro sesi September 2022 diteruskan dengan modul Microsoft Office Excel. Modul ini telah dijadualkan dan berlangsung pada 26 September 2022 bermula dari pukul 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari dan bertempat di Bilik Latihan PEDi Daro. Melalui modul ini, para peserta mempelajari aspek-aspek seperti:
- Mengenalpasti peralatan asas di dalam Microsoft Excel 2021.
- Mengetahui kegunaan Microsoft Excel 2021 untuk membuat buku kerja seperti maklumat perbelanjaan, laporan kewangan, membina carta pai, mengendali pangkalan data dan sebagainya.
- Mempelajari dan memahirkan diri membuat pengiraan menggunakan formula di dalam Microsoft Excel 2021.
Selain itu, para peserta kursus juga diberi taklimat tentang langkah-langkah keselamatan melayari internet melalui taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi. Seramai seorang peserta telah menyertai kursus ini yang merupakan belia lepasan sekolah dari sekolah berhampiran. Pihak penganjur masih menggalakkan setiap peserta untuk menitik beratkan kesihatan dengan mengamalkan penjarakan fizikal, menggunakan face mask dan hand sanitizer sepanjang kursus berlangsung. Diharapkan melalui program seperti ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya para belia agar dapat bersaing dengan masyarakat di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: