Kursus ICT PEDi Daro Sesi Januari 2022 (Microsoft Office Excel)
17 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniHari kedua Kursus ICT PEDi Daro sesi pembuka tahun 2022 diteruskan dengan modul Microsoft Office Excel. Modul ini telah dijadualkan dan berlangsung pada 16 Januari 2022 bermula dari pukul 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari dan bertempat di Bilik Latihan PEDi Daro. Melalui modul ini, para peserta mempelajari aspek-aspek seperti:
- Mengenalpasti peralatan asas di dalam Microsoft Excel 2013.
- Mengetahui kegunaan Microsoft Excel 2013 untuk membuat buku kerja seperti maklumat perbelanjaan, laporan kewangan, membina carta pai, mengendali pangkalan data dan sebagainya.
- Mempelajari dan memahirkan diri membuat pengiraan menggunakan formula di dalam Microsoft Excel 2013.
Selain itu, para peserta kursus juga diberi taklimat tentang langkah-langkah keselamatan melayari internet melalui taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi. Seramai 2 orang peserta telah menyertai kursus ini yang merupakan pelajar sekolah dan belia lepasan sekolah berhampiran. Pihak penganjur sentiasa menitik beratkan keselamatan dan kesihatan setiap peserta kursus dengan mengamalkan penjarakan fizikal, mewajibkan penggunaan face mask dan hand sanitizer sepanjang kursus berlangsung serta memberi penerangan tentang langkah keselamatan dan pencegahan awal Covid-19. Diharapkan melalui program seperti ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya para belia agar dapat bersaing dengan masyarakat di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: