Kursus Asas ICT PEDi Daro Sesi September 2022 (Asas Internet, Email & KDB)
11 September 2022 | Aktiviti TerkiniKursus ICT PEDi Daro diteruskan lagi untuk sesi September 2022 yang dimulakan dengan mempelajari modul Asas Internet, Email dan KDB. Modul ini berlangsung pada 10 September 2022 dari pukul 9.00 pagi dan berakhir pukul 12.00 tengah hari bertempat di bilik latihan PEDi Daro. Modul ini mendedahkan para peserta dengan aspek-aspek seperti:
- Mempelajari perisian yang digunakan untuk mengakses Internet dan mencipta Email.
- Mengetahui ciri-ciri asas Internet, asal usul internet dan kepentingan Internet pada masa sekarang.
- Memperoleh Email masing-masing dan mengetahui cara menggunakan Email untuk berhubung.
- Mempelajari kaedah mengisi Permohonan Kerja di Web SPA & E-Recruitment.
Selain itu, para peserta kursus juga diberi taklimat tentang langkah-langkah keselamatan melayari internet melalui taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi. Seramai 3 orang peserta telah menyertai kursus ini yang merupakan belia lepasan sekolah dari sekolah berhampiran. Pihak penganjur masih menggalakkan setiap peserta untuk menitik beratkan kesihatan dengan mengamalkan penjarakan fizikal, menggunakan face mask dan hand sanitizer sepanjang kursus berlangsung.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: