Kursus Keusahawanan PEDi Daro : Bengkel Asas Pendaftaran & Pengendalian Kedai Shopee anjuran PEDi Daro dengan kerjasama Suzie Enterprise (SUZIE Chakoi Segera) sesi 2
28 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniSeiring dengan penjamaan semula daripada Pusat Internet Komuniti kepada Pusat Ekonomi Digital (PEDi), pihak PEDi Daro komited untuk menganjurkan program-program berbentuk keusahawanan digital sekaligus melahirkan lebih ramai usahawan tempahan yang berjaya meningkatkan ekonomi melalui platfom atas talian.
Atas permintaan peserta, pada 26 Julai 2022 sekali lagi dilangsungkan Bengkel Asas Pendaftaran & Pengendalian Kedai Shopee. Bengkel ini adalah anjuran PEDi Daro dengan kerjasama daripada Suzie Enterprise (SUZIE Chakoi Segera). Seperti juga sebelum ini, bengkel ini dilangsungkan bermula dari pukul 9.00 pagi sehingga pukul 1.00 petang dan bertempat di bilik latihan PEDi Daro. Pengisian bengkel ini adalah para peserta didedahkan secara terperinci tentang kaedah-kaedah penjualan di Shopee yang antara pencapaian daripada kursus tersebut adalah;
- Berjaya mendaftar kedai di Shopee untuk kali pertama.
- Mengetahui kaedah pengurusan pesanan.
- Mempelajari cara membuat pemasaran yang berkesan di media sosial.
- Mempelajari cara menaikkan jualan di Shopee melalui program yang ditawarkan di Shopee seperti Free Shipping Program, Ads, Boost dan sebagainya.
- Tip-tip penting pengurusan kedai Shopee.
Seramai 2 orang peserta telah menyertai kursus ini yang merupakan belia yang berminat menceburkan diri di dalam bidang perniagaan digital.
Melalui kursus ini, diharapkan agar dapat melahirkan lebih ramai usahawan yang menggunakan teknologi digital untuk meningkatkan ekonomi dan meluaskan perniagaan mereka.
Intipati kursus ini juga memberi tunjuk ajar kepada para peserta mengenai teknik yang betul sebagai usahawan dan bakal usahawan agar lebih efektif dan berdaya saing dengan menggunakan platform jualan dan pemasaran berkesan alaf 21 ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: