Latihan Keusahawanan : Bengkel Pemahaman Modul Kursus Integriti CIDB Anjuran PRISMA dengan kerjasama PEDi Daro kumpulan 2
8 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniKerjasama pihak PRISMA dan PEDi Daro diteruskan lagi untuk Bengkel Pemahaman Modul Kursus Integriti CIDB yang dilangsungkan pada 7 Julai 2022. Bengkel tersebut telah dilangsungkan di Bilik Latihan PEDi Daro bermula dari pukul 9.00 pagi dan berakhir pukul 12.00 tengah hari. Ianya dihadiri oleh seramai 2 orang peserta yang terdiri daripada para kontraktor yang bergiat aktif di daerah Daro dan daerah sekitarnya.
Bengkel ini bertujuan untuk memberi lebih pemahaman kepada para peserta tentang:
1. Menggariskan amalan-amalan serta perilaku murni yang diterima sebagai amalan piawai di kalangan kontraktor yang mampu mendorong dan meningkatkan tahap profesionalisma, integriti dan akauntabiliti yang tinggi.
2. Membudayakan kaedah pengawalseliaan sendiri (self-regulatory) di kalangan kontraktor bagi meningkatkan tahap keyakinan masyarakat umum terhadap perkhidmatan yang disediakan.
3. Membantu mencapai agenda dan hasrat Kerajaan bagi meningkatkan integriti di kalangan semua pihak berdasarkan Pelan Integriti Nasional (PIN).
Semoga dengan adanya kursus dan latihan seperti ini dapat melahirkan lebih ramai kontraktor yang berjaya di daerah Daro dan daerah sekitarnya pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: