Pengenalan Produk ASMAK dengan kerjasama PEDi Daro
21 Oktober 2022 | Aktiviti TerkiniDisamping menjalinkan kerjasama dan kolaborasi dengan jabatan-jabatan, persatuan, pihak NGO, PEDi Daro juga bersedia menerima sebarang kerjasama daripada pihak persendirian terutamanya yang melibatkan program keusahawanan.
Pada 20 Oktober 2022, PEDi Daro telah bekerjasama dengan ejen Produk ASMAK dengan memberi peluang untuk mereka memberi penjelasan dan mempromosikan produk mereka kepada pada pelanggan. Dilangsungkan di bilik Latihan PEDi Daro, taklimat bermula dari pukul 2.00 petang dan berakhir pada pukul 4.00 petang.
Seramai 6 orang peserta telah menghadiri taklimat ini yang merupakan para usahawan tempatan.
Semoga dengan kerjasama ini, diharapkan agar dapat melahirkan lebih ramai usahawan yang bergiat maju di Daerah Daro dan daerah sekitarnya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: