Program Gotong Royong membersihkan Bangunan Gunasama Kerajaan bersama RELA dan Pos Malaysia Daro
16 Oktober 2022 | Aktiviti TerkiniTarikh 15 Oktober 2022 ditetapkan untuk program Gotong Royong membersihkan Bangunan Gunasama Kerajaan yang diduduki oleh RELA, PEDi, POS Malaysia, JBALB, Jabatan Pendaftaran serta kawasan persekitarannya. Program bermula dari pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 10.00 pagi di perkarangan bangunan Pejabat Daerah Lama Daro.
Antara matlamat program ini adalah untuk memupuk semangat perpaduan antara satu sama lain, memudahkan tugasan atau kerja, menjamin kebersihan persekitaran, mewujudkan persekitaran yang cantik dan teratur, melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab serta menjimatkan perbelanjaan dan kos penyelenggaraan.
Seramai 21 peserta yang merupakan kakitangan dan para ahli RELA Daro, kakitangan serta ahli PEDi Daro dan kakitangan POS Malaysia Daro.
Diharapkan agar program seperti ini akan terus dijalankan pada masa akan datang kerana memberi begitu banyak manfaat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: