Ujian UKM2 Genius @pintar anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Daro dengan kerjasama PEDi Daro
9 Oktober 2022 | Aktiviti TerkiniPusat PERMATApintar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjalankan empat proses pemilihan pelajar setiap tahun untuk dipilih ke Kolej PERMATApintar, UKM. Semua pelajar Malaysia berumur 9 hingga 15 tahun dibenarkan untuk memohon melalui ujian UKM1 dan UKM2. Dalam proses pemilihan, ada tiga ujian iaitu ujian UKM1, ujian UKM2, PPCS dan ujian UKM3 yang dijalankan semasa PPCS. Jika ingin memasuki Kolej PERMATApintar, pelajar tersebut mesti melulusi ujian UKM1, ujian UKM2, berjaya menyertai PPCS dan melulusi UKM3 semasa PPCS.
Ujian UKM1 adalah ujian pemilihan pertama untuk pelajar yang ingin menyertai program dibawah Pusat PERMATApintar Negara.[16][17] Pelajar-pelajar yang melulusi ujian UKM1 dibenarkan untuk mengambil ujian UKM2 yang diadakan di pusat-pusat UKM2 di seluruh negara.
Ujian UKM2 adalah ujian pemilihan kedua untuk menapis dan mencari pelajar yang boleh menyertai Program Perkemahan Cuti Sekolah (PPCS). Pelajar yang melulusi UKM2 kemudian akan dijemput untuk menyertai PPCS yang diadakan pada bulan Disember setiap tahun.
Tanggal 6 dan 7 Oktober 2022 telah dipilih untuk melaksanakan ujian pemilihan ini (Ujian UKM2) dengan kerjasama mantap antara Pejabat Pendidikan Daerah Daro dan PEDi Daro. Ujian dimulakan dari pukul 9.00 pagi dan tamat pada pukul 5.00 petang di ruang utama dan bilik latihan PEDi Daro.
Seramai 25 orang murid-murid dan pelajar sekolah dari Sekolah Rendah dan sekolah Menengah berhampiran telah menyertai ujian ini.
Melalui kerjasama ini, diharapkan agar dapat melahirkan pelajar genius dari daerah Daro dan Matu yang berjaya melanjutkan pelajaran di Kolej PERMATApintar, UKM.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: