Kursus Keusahawanan PEDi Daro : Pendaftaran Kedai Shopee dan Dropship
24 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniSeiring dengan penjamaan semula daripada Pusat Internet Komuniti kepada Pusat Ekonomi Digital (PEDi), pihak PEDi Daro komited untuk menganjurkan program-program berbentuk keusahawanan digital sekaligus melahirkan lebih ramai usahawan tempahan yang berjaya meningkatkan ekonomi melalui platfom atas talian.
Justeru itu, melalui modul “Pendaftaran Kedai Shopee dan Dropship Sesi Januari 2022”, PEDi Daro berjaya melaksanakan kursus keusahawan tersebut pada 23 Januari 2022 bermula dari pukul 9.00 pagi sehingga pukul 1.00 petang. Bertempat di bilik latihan PEDi Daro, para peserta didedahkan secara terperinci tentang kaedah-kaedah penjualan di Shopee yang antara pencapaian daripada kursus tersebut adalah;
- Berjaya mendaftar kedai di Shopee untuk kali pertama.
- Mengetahui kaedah pengurusan pesanan.
- Mempelajari cara membuat pemasaran yang berkesan di media sosial.
- Mempelajari cara menaikkan jualan di Shopee melalui program yang ditawarkan di Shopee seperti Free Shipping Program, Ads, Boost dan sebagainya.
- Memperbanyakkan produk dan meningkatkan jualan melalui kaedah Dropshipping.
- Tip-tip penting pengurusan kedai Shopee dan laman Dropship.
Seramai 4 orang peserta telah menyertai kursus ini yang merupakan belia yang berminat menceburkan diri di dalam bidang perniagaan.
Pihak penganjur sentiasa menitik beratkan keselamatan dan kesihatan setiap peserta kursus dengan mengamalkan penjarakan fizikal, mewajibkan penggunaan face mask dan hand sanitizer sepanjang kursus berlangsung serta memberi penerangan tentang langkah keselamatan dan pencegahan awal Covid-19.
Melalui kursus ini, diharapkan agar dapat melahirkan lebih ramai usahawan yang menggunakan teknologi digital untuk meningkat ekonomi dan meluaskan perniagaan mereka.
Intipati kursus ini juga memberi tunjuk ajar kepada para peserta mengenai teknik yang betul sebagai usahawan dan bakal usahawan agar lebih efektif dan berdaya saing dengan menggunakan platform jualan dan pemasaran berkesan alaf 21 ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: