dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Daro, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    facebook

Kursus Penyelenggaraan Bangunan & Persekitaran Kompleks (B24)

7 November 2022 | Aktiviti Terkini

Untuk kesekian kalinya, pihak PRISMA bekerjasama dengan PEDi Daro menganjurkan bengkel dan kursus untuk para kontaktor. Kali ini kursus yang dianjurkan adalah Kursus Penyelenggaraan Bangunan & Persekitaran Kompleks (B24). Kursus ini dilangsungkan selama lima hari bermula 2 November 2022 dan berakhir pada 6 November 2022 dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Bilik Latihan PEDi Daro. Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 16 orang peserta yang terdiri daripada para kontraktor yang bergiat aktif di daerah Daro dan daerah sekitarnya.

Antara pengisian kursus ini dari hari pertama sehingga hari terakhir adalah;

  • Pengenalan Pengurusan Penyelenggaraan
  • Perolehan Alat dan Peralatan
  • Baik Pulih Bangunan
  • Cara membuat proposal Baik Pulih Bangunan
  • Perbentangan Penyelenggaraan Bangunan

Semoga dengan adanya kursus dan latihan seperti ini dapat melahirkan lebih ramai kontraktor yang berjaya di daerah Daro dan daerah sekitarnya pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.