Kursus Keusahawanan PEDi Daro - Kursus Agrobazaar Online anjuran FAMA dengan kerjasama PEDi Daro
13 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniMatlamat pengwujudan projek Agrobazaar Rakyat (ABR) adalah sebagai outlet runcit yang membeli dan menjual hasil-hasil pertanian secara terus dari sumber pengeluaran kepada pengguna di samping menjual barangan keperluan harian secara runcit pada harga yang berpatutan. Projek ini merupakan salah satu usaha pihak Kementerian Pertanian & Industri Makanan (MAFI) dalam mengurangkan lapisan orang tengah yang mengeksploitasi pasaran melalui pengawalan bekalan dan permintaan sehingga memberi kesan keatas harga jualan produk makanan. MAFI berperanan sebagai penyelaras projek AgroBazaar Rakyat manakala FAMA, LPP, LKIM, MADA, KADA, DOA & IADA Sarawak sebagai Jabatan/Agensi Pelaksana.
Objektif penubuhan AgroBazaar Rakyat adalah seperti berikut;
- Outlet runcit alternatif kepada pengguna untuk mendapatkan produk agromakanan pada harga berpatutan.
- Ketersediaan makanan kepada rakyat pada harga berpatutan terutama dalam menghadapi krisi makanan.
- Saluran pasaran produk agromakanan bagi membantu usahawan tani mendapat pulangan yang munasabah.
AgroBazaar Rakyat adalah outlet runcit yang dijadikan sebagai platform penyaluran produk makanan kepada pengguna pada harga produk yang berpatutan. Konsep AgroBazaar Rakyat yang dibangunkan adalah seperti berikut:-
- AgroBazaar Rakyat menawarkan harga 5% hingga 20% lebih rendah daripada harga pasaran setempat bagi produk terpilih sahaja iaitu sayur-sayuran/ buah-buahan/ ayam/ daging/ ikan.
- Nota: Panduan harga bagi penetapan harga produk jualan di ABR adalah berdasarkan pasaran tempatan di dalam lingkungan 10 km radius
- Komoditi jualan terdiri daripada 40% hasilan berasaskan pertanian dan industri makanan serta 60% adalah lain-lain barangan keperluan harian pengguna.
- Sumber bekalan barangan segar diperolehi terus dari petani, penternak, nelayan dan usahawan atau daripada sumber import.
- Keutamaan premis dibangunkan dan beroperasi di pinggir dan di luar bandar.
- Pelaksanaan projek diurus menggunakan sistem pengurusan standard dengan identiti dan imej yang seragam.
- Pelaksanaan projek adalah dengan menaiktaraf premis sedia ada Agensi/ Pertubuhan/ Persatuan dibawah Agensi MAFI ataupun usahawan kepada AgroBazaar Rakyat melalui bantuan geran kerajaan dengan siling peruntukan sebanyak RM 80,000.00
- Mempunyai keseragaman premis dari segi;
- Rekabentuk papan tanda
- Warna cat premis
- Peralatan serta susun atur
Justeru itu, bagi merealisasi matlamat salah satu daripada agensi pelaksana projek Agrobazaar ini, iaitu pihak FAMA, pihak PEDi Daro dengan berbesar hati menerima jemputan untuk bekerjasama bagi memperluaskan dan menjayakan projek ini di Daerah Daro. Dijalankan pada 7 Februari 2022 bermula dari pukul 9.00 pagi sehingga pukul 5.00 petang dan bertempat di bilik latihan PEDi Daro, kursus tersebut telah dihadiri oleh seramai 12 orang peserta yang merupakan usahawan yang aktif di Daerah Daro.
Pihak penganjur juga sentiasa menitik beratkan keselamatan dan kesihatan setiap peserta kursus dengan mengamalkan penjarakan fizikal, mewajibkan penggunaan face mask dan hand sanitizer sepanjang kursus berlangsung serta memberi penerangan tentang langkah keselamatan dan pencegahan awal Covid-19.
Melalui kursus ini, diharapkan agar dapat melahirkan lebih ramai usahawan yang menggunakan teknologi digital untuk meningkatkan ekonomi dan meluaskan perniagaan mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: