Latihan Keusahawanan : Kursus Latihan Pengendalian Makanan Siri 5 2022 PEDi Daro
16 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniPada 15 Jun 2022, Kursus Latihan Pengendalian Makanan diteruskan lagi untuk Siri 5 2022. Kursus yang dianjurkan bersama Syarikat Latihan Pengendalian Makanan Sibu dan PEDi Daro berlangsung dari pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari yang bertempat di Bilik Latihan PEDi Daro. Kursus untuk siri 5 ini telah disertai oleh seramai 20 orang usahawan Matu dan Daro yang terdiri daripada usahawan yang bergiat di dalam bidang penyediaan makanan dan minuman.
Kursus dan latihan ini bertujuan untuk memastikan para peserta:
1. Mendapat pengetahuan asas kebersihan dan keselamatan makanan.
2. Memiliki sijil yang dapat memenuhi kehendak perundangan.
3. Memenuhi keperluan ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT seperti DBKU, MBKS, MPP di Sarawak).
4. Mengenalpasti punca berlaku keracunan makanan dan kaedah mengelakkannya dari berlaku.
5. Memudahkan permohonan pengiktirafan (contoh: sijil Halal Jakim, Lesen Operasi, Sijil MeSTI, Sijil GMP dan Sijil HACCP).
Pihak penganjur masih menitik beratkan keselamatan dan kesihatan setiap peserta kursus dengan menggalakkan para peserta menggunakan face mask dan hand sanitizer sepanjang kursus berlangsung serta memberi penerangan tentang langkah keselamatan dan pencegahan awal Covid-19.
Semoga dengan adanya kursus dan latihan seperti ini dapat melahirkan lebih ramai usahawan yang berjaya di daerah Daro dan daerah sekitarnya pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: