Latihan Keusahawanan : Kursus Latihan Pengendalian Makanan Siri 4 2022 PEDi Daro (sesi tengah hari)
13 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniSesi tengah hari Kursus Latihan Pengendalian Makanan siri 4 2022 yang berlangsung pada 12 Jun 2022 telah diadakan bermula dari jam 12.00 tengah hari dan berakhir pada jam 3.00 petang yang bertempat di Bilik Latihan PEDi Daro. Seperti juga sesi pagi, sesi tengah hari juga telah disertai oleh seramai 20 orang usahawan Matu dan Daro iaitu yang terdiri daripada usahawan yang bergiat di dalam bidang penyediaan makanan dan minuman.
Kursus dan latihan ini bertujuan untuk memastikan para peserta:
1. Mendapat pengetahuan asas kebersihan dan keselamatan makanan.
2. Memiliki sijil yang dapat memenuhi kehendak perundangan.
3. Memenuhi keperluan ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT seperti DBKU, MBKS, MPP di Sarawak).
4. Mengenalpasti punca berlaku keracunan makanan dan kaedah mengelakkannya dari berlaku.
5. Memudahkan permohonan pengiktirafan (contoh: sijil Halal Jakim, Lesen Operasi, Sijil MeSTI, Sijil GMP dan Sijil HACCP).
Pihak penganjur masih menitik beratkan keselamatan dan kesihatan setiap peserta kursus dengan menggalakkan para peserta menggunakan face mask dan hand sanitizer sepanjang kursus berlangsung serta memberi penerangan tentang langkah keselamatan dan pencegahan awal Covid-19.
Semoga dengan adanya kursus dan latihan seperti ini dapat melahirkan lebih ramai usahawan yang berjaya di daerah Daro dan daerah sekitarnya pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: