Latihan Keusahawanan : Kelas Meroti Daro
12 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital (PEDi) Daro secara kompeten menganjurkan kursus dan program keusahawanan khasnya kepada penduduk setempat yang berminat memasuki dunia perniagaan. Justeru itu, pada 11 June 2022 yang lepas, dengan Kerjasama antara TERAS NETWORK dan PEDi Daro telah dengan jayanya menganjurkan satu lagi program keusahawanan iaitu kelas membuat roti yang digelar sebagai Kelas Meroti Daro. Pihak PEDi Daro telah berjaya menjemput tenaga-tenaga pengajar berpengalaman yang bernaung di bawah syarikat TERAS NETWORK yang diketuai oleh Puan Siti Fathanah binti Osman. Kelas tersebut dilangsungkan bermula dari pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 2 petang yang bertempat di ruang utama dan bilik latihan PEDi Daro.
Program ini bertujuan memberi peluang kepada para peserta untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan yang mampu memberi pulangan yang lumayan kepada yang berminat.
Berikut merupakan antara jenis yang telah dipelajari melalui bengkel tersebut adalah;
- Roti Sosej
- Roti Flossy Chicken
Antara kelebihan Kelas Roti ini adalah;
- 100% Amali
- 100% Bahan mentah disediakan
- Peralatan disediakan
- Sijil penyertaan diberikan
- Khidmat Nasihat berterusan
- Resepi berkaitan diberikan
- Jaminan 100% anda boleh mahir
- Bawa balik produk yang telah siap
Seramai 16 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada para belia, Ibubapa dan suri rumah.
Bengkel ini juga diselitkan dengan taklimat perniagaan online dan keselamatan internet (KDB) khasnya untuk peserta yang menggunakan platform internet iaitu media sosial untuk tujuan pemasaran dan pengiklanan peniagaan masing-masing.
Diharapkan melalui program seperti ini dapat memberi ruang dan peluang kepada komuniti setempat terutamanya para belia dan suri rumah untuk menceburkan diri di dalam bidang perniagaan dan keusahawanan justeru mampu untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: