Latihan Keusahawanan : Bengkel Pemahaman Modul Kursus Integriti dan Pengurusan Bisnes CIDB Anjuran PRISMA dengan kerjasama PEDi Daro
8 September 2022 | Aktiviti TerkiniPihak PRISMA dan PEDi Daro telah terus bekerjasama menganjurkan bengkel untuk para kontraktor yang berdaftar iaitu Bengkel Pemahaman Modul Kursus Integriti dan Bisnes CIDB. Bengkel tersebut telah dilangsungkan pada 7 September 2022 dan bertempat di Bilik Latihan PEDi Daro, bermula dari pukul 9.00 pagi dan berakhir pukul 12.00 tengah hari. Ianya dihadiri oleh seramai 8 orang peserta yang terdiri daripada para kontraktor yang bergiat aktif di daerah Daro dan daerah sekitarnya.
Bengkel Integriti ini bertujuan untuk memberi lebih pemahaman kepada para peserta tentang:
1. Menggariskan amalan-amalan serta perilaku murni yang diterima sebagai amalan piawai di kalangan kontraktor yang mampu mendorong dan meningkatkan tahap profesionalisma, integriti dan akauntabiliti yang tinggi.
2. Membudayakan kaedah pengawalseliaan sendiri (self-regulatory) di kalangan kontraktor bagi meningkatkan tahap keyakinan masyarakat umum terhadap perkhidmatan yang disediakan.
3. Membantu mencapai agenda dan hasrat Kerajaan bagi meningkatkan integriti di kalangan semua pihak berdasarkan Pelan Integriti Nasional (PIN).
Manakala bengkel pengurusan bisnes merupakan kursus yang diwajibkan kepada kontraktor kecil gred G1 hingga G3 yang tidak mempunyai Sijil Teknikal. Kursus ini perlu diambil dalam tempoh Perakuan Pendaftaran Kontraktor atau sebelum membuat pembaharuan Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) bagi kontraktor baru.
Semoga dengan adanya kursus dan latihan seperti ini dapat melahirkan lebih ramai kontraktor yang berjaya di daerah Daro dan daerah sekitarnya pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: