Kursus ICT PIK Daro Sesi Ogos 2021 (Microsoft Office Word)
16 Ogos 2021 | Aktiviti TerkiniKursus ICT Online PIK Daro Sesi Ogos 2021 bersambung pada hari kedua, 15 Ogos 2021 pada sebelah petang untuk modul seterusnya iaitu modul MS Office Word & KDB. Bermula dari jam 2.00 petang sehingga 4.00 petang dan bertempat di bilik latihan PIK Daro, modul ini menekankan para peserta untuk memahami sebaiknya tentang aspek-aspek seperti:
- Mempelajari peralatan asas di dalam Microsoft Word 2013.
- Mengetahui kegunaan MS Word untuk membuat dokumen seperti surat, laporan, resume dan sebagainya.
- Mempelajari dan memahirkan diri semasa menaip menggunakan MS Word berdasarkan format-format yang telah ditetapkan.
Seramai 9 orang peserta telah menyertai kursus ini yang merupakan belia yang telah menamatkan pengajian diperingkat Tingkatan 6 di Sekolah berhampiran. Pihak penganjur juga amat menitik beratkan keselamatan dan kesihatan setiap peserta kursus dengan mengamalkan penjarakan fizikal, mewajibkan penggunaan face mask dan hand sanitizer sepanjang kursus berlangsung serta memberi penerangan tentang langkah keselamatan dan pencegahan awal Covid-19. Diharapkan melalui program seperti ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya para belia agar dapat bersaing dengan masyarakat di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: