Kursus ICT PIK Daro Sesi Oktober 2021 (Pembentangan)
1 November 2021 | Aktiviti TerkiniHari kedua Kursus ICT PIK Daro Sesi Oktober 2021 diteruskan pada hari berikutnya iaitu pada 31 Oktober 2021 dengan mempelajari modul MS Office Power Point. Proses pembelajaran bermula pada sebelah pagi dari jam 9.00 pagi sehingga 12.00 pagi di bilik Latihan PIK Daro dan akan dibentangkan pada sebelah petang hari yang sama. Pada akhir pembelajaran, pihak PIK Daro berharap agar para peserta berjaya mempelajari dan memahami aspek-aspek seperti:
- Mengukur tahap pengetahuan dan pemahaman diri para peserta di dalam bidang ICT secara umumnya.
- Mengetahui langkah-langkah yang betul dan menarik yang boleh diaplikasikan semasa membuat penyampaian dan pembentangan slide di hadapan khalayak umum.
Selain itu, para peserta kursus juga diberi taklimat tentang langkah-langkah keselamatan melayari internet melalui taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi. Seramai 3 orang peserta telah menyertai kursus ini yang merupakan belia yang sedang bersekolah dan yang telah menamatkan pengajian diperingkat Tingkatan 6 di sekolah berhampiran. Pihak penganjur sentiasa menitik beratkan keselamatan dan kesihatan setiap peserta kursus dengan mengamalkan penjarakan fizikal, mewajibkan penggunaan face mask dan hand sanitizer sepanjang kursus berlangsung serta memberi penerangan tentang langkah keselamatan dan pencegahan awal Covid-19. Diharapkan melalui program seperti ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya para belia agar dapat bersaing dengan masyarakat di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: