Kursus ICT PIK Daro Sesi September 2021 (Microsoft Office Power Point)
19 September 2021 | Aktiviti TerkiniHari terakhir Kursus ICT PIK Daro Sesi September 2021 diteruskan pada 18 September 2021 dengan mempelajari modul MS Office Power Point. Seperti kursus ICT terdahulu, memandangkan negara kita masih berada di dalam bulan kemerdekaan, pihak PIK Daro meneruskan inisiatif untuk menjadikan pembelajaran modul MS Office Power Point menjadi lebih menarik dengan mengadakan pertandingan slide terbaik bertemakan bulan kemerdekaan. Proses pembelajaran bermula pada sebelah pagi dari jam 9.00 pagi sehingga 12.00 pagi di bilik Latihan PIK Daro dan pada masa yang sama menyiapkan slide pertandingan untuk dibentangkan pada sebelah petang hari yang sama. Pada akhir pembelajaran, pihak PIK Daro berharap agar para peserta berjaya mempelajari dan memahami aspek-aspek seperti::
- Mempelajari peralatan asas di dalam Microsoft P.Point 2013.
- Mengetahui kegunaan MS P.Point untuk membuat Slide Persembahan (Presentation) untuk sebarang acara. majlis, mesyuarat dan sebagainya.
- Mempelajari dan memahirkan diri memasukkan data, animasi dan audio di dalam slide MS P.Point berdasarkan contoh yang telah diberikan.
Selain itu, para peserta kursus juga diberi taklimat tentang langkah-langkah keselamatan melayari internet melalui taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi. Seramai 10 orang peserta telah menyertai kursus ini yang merupakan belia yang telah menamatkan pengajian diperingkat Tingkatan 6 di Sekolah berhampiran. Pihak penganjur juga amat menitik beratkan keselamatan dan kesihatan setiap peserta kursus dengan mengamalkan penjarakan fizikal, mewajibkan penggunaan face mask dan hand sanitizer sepanjang kursus berlangsung serta memberi penerangan tentang langkah keselamatan dan pencegahan awal Covid-19. Diharapkan melalui program seperti ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya para belia agar dapat bersaing dengan masyarakat di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: