dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Daro, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    facebook

Kursus ICT PIK Daro Sesi Oktober 2021 (Microsoft Office Power Point)

1 November 2021 | Aktiviti Terkini

Hari kedua Kursus ICT PIK Daro Sesi Oktober 2021 diteruskan pada hari berikutnya iaitu pada 31 Oktober 2021 dengan mempelajari modul MS Office Power Point. Proses pembelajaran bermula pada sebelah pagi dari jam 9.00 pagi sehingga 12.00 pagi di bilik Latihan PIK Daro dan akan dibentangkan pada sebelah petang hari yang sama. Pada akhir pembelajaran, pihak PIK Daro berharap agar para peserta berjaya mempelajari dan memahami aspek-aspek seperti:

  • Mempelajari peralatan asas di dalam Microsoft P.Point 2013.
  • Mengetahui kegunaan MS P.Point untuk membuat Slide Persembahan (Presentation) untuk sebarang acara. majlis, mesyuarat dan sebagainya.
  • Mempelajari dan memahirkan diri memasukkan data, animasi dan audio di dalam slide MS P.Point berdasarkan contoh yang telah diberikan.

Selain itu, para peserta kursus juga diberi taklimat tentang langkah-langkah keselamatan melayari internet melalui taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi. Seramai 3 orang peserta telah menyertai kursus ini yang merupakan belia yang sedang bersekolah dan yang telah menamatkan pengajian diperingkat Tingkatan 6 di sekolah berhampiran. Pihak penganjur sentiasa menitik beratkan keselamatan dan kesihatan setiap peserta kursus dengan mengamalkan SOP seperti penjarakan fizikal, mewajibkan penggunaan face mask dan hand sanitizer sepanjang kursus berlangsung serta memberi penerangan tentang langkah keselamatan dan pencegahan awal Covid-19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.