Kursus ICT PIK Daro Sesi September 2021 (Asas Penyelenggaraan PC)
12 September 2021 | Aktiviti TerkiniPada 11 September 2021, Kursus ICT PIK Daro dilangsungkan lagi untuk sesi September 2021. Kursus tersebut bermula dengan modul yang pertama iaitu modul Asas Penyelenggaraan PC yang dijalankan dari pukul 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari bertempat di bilik latihan PIK Daro. Pengisian modul Asas Penyelenggaraan PC memberi penekanan tentang aspek-aspek seperti:
- Mempelajari asas-asas menggunakan komputer.
- Mengetahui kaedah yang betul semasa mengendali komputer.
- Mempelajari langkah-langkah dan tip-tip berguna semasa berhadapan dengan komputer yang bermasalah.
Selain itu, para peserta kursus juga diberi taklimat tentang langkah-langkah keselamatan melayari internet melalui taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi. Seramai 10 orang peserta telah menyertai kursus ini yang merupakan belia yang telah menamatkan pengajian diperingkat Tingkatan 6 di Sekolah berhampiran. Pihak penganjur juga amat menitik beratkan keselamatan dan kesihatan setiap peserta kursus dengan mengamalkan penjarakan fizikal, mewajibkan penggunaan face mask dan hand sanitizer sepanjang kursus berlangsung serta memberi penerangan tentang langkah keselamatan dan pencegahan awal Covid-19. Diharapkan melalui program seperti ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya para belia agar dapat bersaing dengan masyarakat di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: