Kursus ICT PEDi Daro Sesi Disember 2021 (Asas Internet, Email & KDB)
12 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniHari kedua Kursus ICT PEDi Daro sesi Disember 2021 disambung pada minggu berikutnya iaitu pada 11 Disember 2021. Dengan modul Asas Internet, Email dan KDB, ianya berlangsung dari pukul 9.00 pagi dan berakhir pukul 12.00 tengah hari. Modul ini mendedahkan para peserta dengan aspek-aspek seperti:
- Mempelajari perisian yang digunakan untuk mengakses Internet dan mencipta Email
- Mengetahui ciri-ciri asas Internet, asal usul internet dan kepentingan Internet pada masa sekarang.
- Memperoleh Email masing-masing dan mengetahui cara menggunakan Email untuk berhubung.
- Mempelajari kaedah mengisi Permohonan Kerja di Web SPA & E-Recruitment.
Selain itu, para peserta kursus juga diberi taklimat tentang langkah-langkah keselamatan melayari internet melalui taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi. Seramai 6 orang peserta telah menyertai kursus ini yang merupakan belia yang telah menamatkan pengajian diperingkat Tingkatan 6 di sekolah berhampiran. Pihak penganjur sentiasa menitik beratkan keselamatan dan kesihatan setiap peserta kursus dengan mengamalkan penjarakan fizikal, mewajibkan penggunaan face mask dan hand sanitizer sepanjang kursus berlangsung serta memberi penerangan tentang langkah keselamatan dan pencegahan awal Covid-19. Diharapkan melalui program seperti ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya para belia agar dapat bersaing dengan masyarakat di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: