Latihan Keusahawanan : Kursus Latihan Pengendali Makanan siri 1 2021 PIK Daro
8 April 2021 | Aktiviti TerkiniBagi merealisasikan permintaan komuniti setempat, penganjuran Kursus Latihan Pengendalian Makanan dilangsungkan untuk siri 1 bagi tahun 2021. Untuk julung kalinya, berikutan pandemik Covid-19 dan pergerakan penceramah yang terbatas akibat PKPP, kursus ini dilangsungkan secara atas talian. Dijadualkan pada 7 April 2021, kursus ini dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pagi dari 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari dan sesi petang bermula dari pukul 2.00 petang sehingga pukul 5.00 petang bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Daro. Penyertaan kali ini adalah seramai 10 orang usahawan Matu dan Daro untuk sesi pagi dan juga 10 orang usahawan untuk sesi petang yang terdiri daripada usahawan yang bergiat di dalam bidang penyediaan makanan dan minuman.
Kursus dan latihan ini bertujuan:
- Mendapat pengetahuan asas kebersihan dan keselamatan makanan.
- Memiliki sijil dapat memenuhi kehendak perundangan.
- Memenuhi keperluan ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT seperti DBKU, MBKS, MPP di Sarawak)
- Mengenalpasti punca berlaku keracunan makanan dan kaedah mengelakkannya dari berlaku.
- Memudahkan permohonan pengiktirafan (contoh: sijil Halal Jakim, Lesen Operasi, Sijil MeSTI, Sijil GMP dan Sijil HACCP)
Pihak penganjur amat mengambil berat keselamatan dan kesihatan setiap peserta kursus dengan mengamalkan penjarakan fizikal, mewajibkan penggunaan face mask dan hand sanitizer sepanjang kursus berlangsung serta memberi penerangan tentang langkah keselamatan dan pencegahan awal Covid-19.Semoga dengan adanya kursus dan latihan seperti ini dapat melahirkan lebih ramai usahawan yang berjaya di daerah Daro dan daerah sekitarnya pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: