Kursus ICT PIK Daro Sesi Oktober 2021 (Microsoft Office Excel)
8 November 2021 | Aktiviti TerkiniHari terakhir Kursus ICT PIK Daro Sesi Oktober 2021 diteruskan dengan modul MS Office Excel. Modul ini telah dijadualkan pada 7 November 2021 yang dimulakan dari jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari bertempat di Bilik Latihan PIK Daro. Melalui modul ini, para peserta mempelajari aspek-aspek seperti:
- Mengenalpasti peralatan asas di dalam Microsoft Excel 2013.
- Mengetahui kegunaan MS Excel untuk membuat buku kerja seperti maklumat perbelanjaan, laporan kewangan, membina carta pai, mengendali pangkalan data dan sebagainya.
- Mempelajari dan memahirkan diri membuat pengiraan menggunakan formula di dalam MS Excel.
Selain itu, para peserta kursus juga diberi taklimat tentang langkah-langkah keselamatan melayari internet melalui taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi. Seramai 3 orang peserta telah menyertai kursus ini yang merupakan belia yang sedang bersekolah dan yang telah menamatkan pengajian diperingkat Tingkatan 6 di sekolah berhampiran. Pihak penganjur sentiasa menitik beratkan keselamatan dan kesihatan setiap peserta kursus dengan mengamalkan penjarakan fizikal, mewajibkan penggunaan face mask dan hand sanitizer sepanjang kursus berlangsung serta memberi penerangan tentang langkah keselamatan dan pencegahan awal Covid-19. Diharapkan melalui program seperti ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya para belia agar dapat bersaing dengan masyarakat di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: