Bengkel Asas Microsoft Excel Anjuran Bersama KMKK Tanah Besar Daro dan PIK Daro (Kumpulan 2)
10 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniHari kedua Bengkel Asas Microsoft Excel Anjuran Bersama KMKK Tanah Besar Daro dan PIK Daro iaitu berlangsung pada 9 Mac 2021 diteruskan untuk kumpulan yang kedua dengan pendedahan yang sama iaitu tentang Asas Microsoft Excel. Bengkel ini, seperti juga hari pertama, dijalankan di Bilik Latihan PIK Daro bermula dari pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12 tengah hari.
Bengkel ini terlaksana atas keprihatinan daripada Penghulu Daro iaitu Ayahanda Yusuf bin Bakeri dan selaras dengan arahan daripada pihak kerajaan agar pengumpulan data berkaitan penduduk yang layak untuk menerima bantuan Vaksin Covid-19 disempurnakan dengan jayanya. Oleh kerana data yang dikumpulkan hendaklah disenaraikan menggunakan perisian Microsoft Excel, maka wujud sedikit kesukaran kepada pihak yang telah diamanahkan untuk tujuan tersebut terutamanya pihak JKK sekiranya kurang mahir menguasainya.
Antara kandungan modul yang dipelajari adalah menekankan aspek-aspek seperti:
- Mengenalpasti peralatan asas di dalam Microsoft Excel 2013.
- Mengetahui kegunaan MS Excel untuk membuat buku kerja seperti maklumat perbelanjaan, laporan kewangan, membina carta pai, mengendali pangkalan data dan sebagainya.
- Mempelajari dan memahirkan diri melengkapkan dan mengubah suai maklumat di dalam MS Excel.
Selain itu, para peserta bengkel juga diselitkan taklimat tentang langkah-langkah keselamatan melayari internet melalui taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi. Seramai 6 orang peserta telah menyertai bengkel ini untuk hari kedua yang terdiri daripada Ketua Kaum, Setiausaha JKK serta wakil daripada JKK. Diharapkan melalui program seperti ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya pihak yang telah diamanahkan untuk melengkapkan data berkenaan Vaksin Covid-19 dengan sebaiknya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: