Kursus ICT PEDi Daro Sesi Disember 2021 (Microsoft Office Excel)
5 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniBagi menutup tirai tahun 2021, PEDi Daro sekali lagi meneruskan Kursus ICT iaitu untuk sesi Disember 2021. Bermula dengan modul Microsoft Office Excel, modul ini telah dijadualkan dan berlangsung pada 4 Disember 2021 bermula dari pukul 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari dan bertempat di Bilik Latihan PEDi Daro. Melalui modul ini, para peserta mempelajari aspek-aspek seperti:
- Mengenalpasti peralatan asas di dalam Microsoft Excel 2013.
- Mengetahui kegunaan Microsoft Excel 2013 untuk membuat buku kerja seperti maklumat perbelanjaan, laporan kewangan, membina carta pai, mengendali pangkalan data dan sebagainya.
- Mempelajari dan memahirkan diri membuat pengiraan menggunakan formula di dalam Microsoft Excel 2013.
Selain itu, para peserta kursus juga diberi taklimat tentang langkah-langkah keselamatan melayari internet melalui taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi. Seramai 6 orang peserta telah menyertai kursus ini yang merupakan belia yang telah menamatkan pengajian diperingkat Tingkatan 6 di sekolah berhampiran. Pihak penganjur sentiasa menitik beratkan keselamatan dan kesihatan setiap peserta kursus dengan mengamalkan penjarakan fizikal, mewajibkan penggunaan face mask dan hand sanitizer sepanjang kursus berlangsung serta memberi penerangan tentang langkah keselamatan dan pencegahan awal Covid-19. Diharapkan melalui program seperti ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya para belia agar dapat bersaing dengan masyarakat di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: