dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Daro, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    facebook

Program Live Streaming Sembang Santai Keusahawanan PIK Daro dengan tetamu jemputan dari SEDC

27 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Jun 2021, Pusat Internet Komuniti Daro berkolaborasi bersama lima buah Pusat Internet Komuniti sekitar bahagian Sibu dan Mukah iaitu PIK Semop, PIK Sibujaya, PIK Jerijeh dan PIK Tanjung Manis berjaya menganjurkan Program Sembang Santai Keusahawanan. Program yang dijalankan secara Live Streaming tersebut dilangsungkan menggunakan aplikasi Streamyard dan disiarkan secara langsung melalui Facebook Live Page Pusat Internet Komuniti Daro. Penceramah jemputan pada program tersebut adalah Puan Faruzzilla binti Mokhtar yang merupakan Pentadbir Pusat Inkubator dan Bimbingan Usahawan (PIBU) Daerah Daro di bawah Sarawak Economic Development Corporation (SEDC).

Program ini dijalankan bertujuan untuk memberikan peluang kepada para usahawan dari sekitar PIK Daro dan daerah-daerah sekitarnya untuk memperoleh maklumat bagi memulakan dan memperkembangkan perniagaan mereka. Melalui program ini, para usahawan berpeluang untuk:

  • Mengetahui lebih lanjut tentang panduan keusahawanan.
  • Mengetahui saluran dan kaedah yang betul untuk mendapat bantuan bagi membangunkan perniagaan.
  • Mendapat peluang memperkenalkan, mempromosi sekaligus memasarkan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Antara pengisian program tersebut adalah:

  • Panduan perniagaan oleh penceramah jemputan.
  • Penerangan tentang perkhidmatan yang ditawarkan oleh SEDC.
  • Sesi sembang santai oleh petugas PIK dan penceramah.
  • Sesi soal jawab bersama para penonton melalui Facebook.

Diharapkan melalui program seperti ini dapat memberi manfaat dan melahirkan lebih ramai usahawan yang berjaya di daerah Daro dan daerah sekitarnya pada masa akan datang.

Video boleh di lihat di Facebook Page : https://www.facebook.com/409919812461836/videos/161903302647186

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.