Program Bual Bicara Bersama Tetamu Jemputan En. Apohrozy Ezrie Eallie, Majlis Daerah Matu & Daro
3 Julai 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Komuniti Daro telah berpeluang menganjurkan satu program yang dinamakan “Program Bual Bicara Bersama Tetamu Jemputan dari Majlis Daerah Matu & Daro, En. Apohrozy Ezrie Eallie” yang membincangkan topik Sistem Pelesenan, Perniagaan Di Bawah Majlis Daerah Matu Dan Daro Dan Makluman Berkaitan BKSS Peniaga Dan Penjaja Kecil. En. Apohrozy Ezrie Eallie merupakan Ketua Seksyen Kesihatan, Pelesenan dan Perkhidmatan Bandar di Majlis Daerah Matu & Daro telah memberikan penerangan dan maklumat yang sangat penting dan bermanfaat tentang pelesenan dan permit kepada para usahawan yang terlibat di dalam perniagaan terutama kepada peniaga dan penjaja kecil. Disamping itu juga, slot ini mengupas mengenai bantuan-bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat Malaysia seperti bantuan BKSS di Sarawak dan banyak lagi.
Program ini berlangsung pada 2 Julai 2021 secara Live Streaming melalui Facebook Page Pusat Internet Komuniti Daro yang bersiaran selama dua jam bermula dari jam 10.30 pagi sehingga 12.30 tengahari.
Pusat Internet Komuniti Daro menzahirkan ucapan terima kasih kepada En. Apohrozy Ezrie Eallie kerana sudi menerima jemputan PIK Daro untuk menjayakan program yang sangat bermanfaat ini. Juga jutaan terima kasih kepada PIK yang sudi berkolaborasi bersama PIK Daro iaitu PIK Semop, PIK Jerijeh, PIK Tanjung Manis, PIK Sibujaya, PIK Meradong dan PIK PPR Seduan Rantau Panjang kerana telah memberi dorongan dan sokongan. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa demi meningkatkan taraf hidup komuniti setempat.
Video boleh di lihat di Facebook Page : https://www.facebook.com/409919812461836/videos/2932378010360176
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: