Latihan Keusahawanan : Kursus Latihan Pengendalian Makanan September 2021 PIK Daro
4 September 2021 | Aktiviti TerkiniAtas permintaan yang amat menggalakkan, penganjuran Kursus Latihan Pengendalian Makanan diteruskan lagi untuk bulan September bagi tahun 2021. Kursus yang dilangsungkan pada 3 September 2021 dan secara atas talian tersebut telah bermula dari pukul 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Komuniti Daro. Penyertaan kali ini adalah seramai 11 orang usahawan Matu dan Daro yang terdiri daripada usahawan yang bergiat di dalam bidang penyediaan makanan dan minuman.
Kursus dan latihan ini bertujuan untuk memastikan para peserta:
- Mendapat pengetahuan asas kebersihan dan keselamatan makanan
- Memiliki sijil yang dapat memenuhi kehendak perundangan
- Memenuhi keperluan ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT seperti DBKU, MBKS, MPP di Sarawak)
- Mengenalpasti punca berlaku keracunan makanan dan kaedah mengelakkannya dari berlaku
- Memudahkan permohonan pengiktirafan (contoh: sijil Halal Jakim, Lesen Operasi, Sijil MeSTI, Sijil GMP dan Sijil HACCP)
Berikutan kes jangkitan Covid-19 yang masih di tahap membimbangkan, pihak penganjur amat menitik beratkan keselamatan dan kesihatan setiap peserta kursus dengan mengamalkan penjarakan fizikal, mewajibkan penggunaan face mask dan hand sanitizer sepanjang kursus berlangsung serta memberi penerangan tentang langkah keselamatan dan pencegahan awal Covid-19.
Semoga dengan adanya kursus dan latihan seperti ini dapat melahirkan lebih ramai usahawan yang berjaya di daerah Daro dan daerah sekitarnya pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: