Taklimat Pengurusan CBC Data PIK Nera Maxis 2021
18 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniCBC Data merupakan maklumat yang sangat penting sebagai kayu pengukur kepada kemajuan dan masa depan sesebuah Pusat Internet. Maklumat ini perlu dikemaskinikan setiap dua kali sebulan oleh setiap PIK seluruh Malaysia. Ketepatan maklumat yang dihantar adalah sangat dititik beratkan oleh setiap pihak pengurusan.
Oleh yang demikian, pada tarikh 17 Januari 2021 (Ahad), bermula dari pukul 3.00 petang yang dilangsungkan secara atas talian melalui aplikasi Zoom, taklimat yang disampaikan oleh Penolong Pengurus PIK Daro iaitu Puan Nuramira adalah berfokuskan tentang kaedah yang betul di dalam pengisian maklumat CBC Data. Puan Nuramira telah ditugaskan sebagai pengumpul keseluruhan maklumat “CBC Data” yang diperlukan untuk Zon Sarawak sepanjang tahun 2021. Turut sama sebagai pembimbing dan penasihat semasa taklimat tersebut adalah Cik Nurul Fhatyehah dari bahagian pentadbiran NERA Infocom iaitu di bawah naungan PIK Maxis.
Diharapkan melalui taklimat ini, sebarang kesilapan pengumpulan data tersebut dapat diminimumkan untuk memudahkan pengurusan pihak atasan selanjutnya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: