Kursus ICT PIK Daro Sesi Ogos 2021 (Pembentangan)
22 Ogos 2021 | Aktiviti TerkiniSeperti pada kelas dan Kursus ICT PIK Daro sebelum ini, setelah para peserta kursus mempelajari Modul MS Office Power Point, seperti lazimnya, mereka perlu untuk membentangkan hasil pembelajaran mereka melalui modul Pembentangan yang berlangsung sejurus selepas berakhirnya modul MS Office Power Point. Istimewa kali ini, para peserta berpeluang memenangi hadiah menarik berdasarkan slide paling cantik dan kreatif serta teknik pembentangan yang terbaik bertemakan hari kemerdekaan. Modul ini dijalankan bermula dari jam 2.00 petang sehingga 5.00 petang pada 21 Ogos 2021 di Bilik Latihan PIK Daro. Modul ini merangkumi aspek-aspek seperti:
- Mengukur tahap pengetahuan dan pemahaman diri para peserta di dalam bidang ICT secara umumnya.
- Mengetahui langkah-langkah yang betul dan menarik yang boleh diaplikasikan semasa membuat penyampaian dan pembentangan slide di hadapan khalayak umum.
Selain itu, para peserta kursus juga diberi taklimat tentang langkah-langkah keselamatan melayari internet melalui taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi.
Seramai 9 orang peserta telah menyertai kursus ini yang merupakan belia yang telah menamatkan pengajian diperingkat Tingkatan 6 di Sekolah berhampiran.
Pihak penganjur juga amat menitik beratkan keselamatan dan kesihatan setiap peserta kursus dengan mengamalkan penjarakan fizikal, mewajibkan penggunaan face mask dan hand sanitizer sepanjang kursus berlangsung serta memberi penerangan tentang langkah keselamatan dan pencegahan awal Covid-19.
Diharapkan melalui program seperti ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya para belia agar dapat bersaing dengan masyarakat di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: