dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Daro, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    facebook

E-Learning : Kejohanan Catur e-MSS Sarawak Sports Online Challenge secara dalam talian Peringkat Bahagian Mukah 2021 (Sesi 1) kerjasama SK Pangtray dan PIK Daro

27 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Bermula 24 Ogos 2021 sehingga 26 Ogos 2021, pihak SK Pangtray Daro dengan usahasama PIK Daro telah menghantar penyertaan dua orang murid untuk menyertai Kejohanan Catur e-MSS Sarawak Sports Online Challenge secara dalam talian Peringkat Bahagian Mukah 2021 (Sesi 1) bertempat di bilik latihan PIK Daro. Pertandingan yang disertai oleh peserta dari bahagian Mukah tersebut dimulakan dari pukul 8.30 pagi sehingga tamat pertandingan. Mengiringi murid-murid tersebut adalah dua orang guru dari SK Pangtray Daro.

Matlamat penyertaan pertandingan tersebut adalah untuk mencungkil bakat para murid melalui permainan yang menguji kreativiti dan kekuatan mental. Justeru, dapat melahirkan lebih ramai komuniti yang berfikiran kreatif dan kritis terutamanya dikalangan belia pelapis negara.

Semoga dengan adanya kerjasama seperti ini dapat mengeratkan hubungan PIK Daro dengan pihak Sekolah sekitar Daro dan memaksimakan penggunaan dan fungsi PIK dikalangan komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.