Kursus ICT PIK Daro Sesi Februari 2021 (Microsoft Office Excel)
22 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniModul terakhir untuk Kursus ICT PIK Daro Sesi Februari 2021 adalah modul MS Office Excel. Modul ini telah dijalankan pada 27 Februari 2021 yang dimulakan dari jam 9.00 pagi sehingga 11.00 tengahari bertempat di Bilik Latihan PIK Daro. Melalui modul ini, para peserta mempelajari aspek-aspek seperti:
- Mengenalpasti peralatan asas di dalam Microsoft Excel 2013
- Mengetahui kegunaan MS Excel untuk membuat buku kerja seperti maklumat perbelanjaan, laporan kewangan, membina carta pai, mengendali pangkalan data dan sebagainya
- Mempelajari dan memahirkan diri membuat pengiraan menggunakan formula di dalam MS Excel
Selain itu, para peserta kursus juga diberi taklimat tentang langkah-langkah keselamatan melayari internet melalui taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi.
Seramai seorang peserta telah menyertai kursus ini yang merupakan belia yang sedang mencari pekerjaan.
Diharapkan melalui program seperti ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya para belia agar dapat bersaing dengan masyarakat di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: